UCL: Tiada wakil Itali di suku akhir
Kamal Nizam
March 14, 2024 13:49 MYT
March 14, 2024 13:49 MYT
Selepas habisnya saingan pusingan 16 terbaik Liga Juara-juara Eropah, Sepanyol muncul dengan wakil terbanyak dengan tiga wakil La Liga iaitu Real Madrid, Atletico Madrid dan Barcelona.
Predictions for UCL quarter finals? ?✨ Draw taking place on Friday, March 15. pic.twitter.com/cpX3PAMtA3
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) March 13, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ini diikuti pasukan dari Jerman dan England dengan masing-masing mempunyai dua wakil iaitu Bayern Munich dan Borussia Dortmund untuk Bundesliga manakala Manchester City dan Arsenal dari Liga Perdana Inggeris.
Hanya satu sahaja wakil dari Perancis iaitu Paris Saint-Germain dan agak mengejutkan tiada langsung wakil dari Itali.
Ini apabila Inter Milan telah tewas ke atas Atletico Madrid dalam penentuan penalti pada rabu walaupun status mereka sebagai naib juara musim lalu.
Kepada semua peminat Liga Juara-juara Eropah, anda boleh saksikan secara langsung undian suku akhir pada khamis (15 Mac) di saluran beIN Sports 3 (819) pukul 7.00 pm.