UCL: Kai Havertz, Bukayo Saka pacu Arsenal tewaskan PSG
Saufi Tahir
October 1, 2024 06:58 MYT
October 1, 2024 06:58 MYT
ARSENAL 2 PARIS SAINT-GERMAIN 0
Jaringan Kai Havertz dan Bukayo Saka dalam separuh masa pertama mengesahkan kemenangan selesa 2-0 buat Arsenal menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
Selepas melakar keputusan seri dalam aksi pembukaan menentang Atalanta September lalu, Arsenal meraih kemenangan sulung mereka.
Big night, big three points! ? pic.twitter.com/idKhsXbdNV
— Leandro Trossard (@LTrossard) October 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tandukan Havertz pada minit ke-20 menerjah gawang selepas menerima hantaran lintang Leandro Trossard sebelum sepakan percuma Saka menewaskan Gianluigi Donnarumma buat kali kedua pada minit ke-35.
Sebelum ini, PSG memenangi aksi pembukaan berdepan Girona dengan kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan sendiri Paulo Gazzaniga.
❤️ THANK YOU ?#ARSPSG I #UCL https://t.co/kYsqqWYhU7 pic.twitter.com/FoBwTrMMsn
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) October 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, ini merupakan gol ketujuh Havertz dalam 31 penampilan di UCL dengan kali terakhir adalah ketika menjaringkan gol kemenangan buat Chelsea dalam aksi final 2020/2021.
PSG tewas dalam empat perlawanan terakhir di tempat lawan menentang kelab dari Liga Perdana Inggeris (EPL).