LIGUE 1

Trofi Juara-Juara Perancis: Kylian Mbappe cipta sejarah baru PSG

Stadium Astro
Muzaffar Musa
04/01/2024
05:51 MYT
Sponsor Banner
Trofi Juara-Juara Perancis: Kylian Mbappe cipta sejarah baru PSG
Kylian Mbappe menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Paris Saint-Germain (PSG) di Parc des Princes ketika membantu juara Ligue 1 itu menewaskan Toulouse 2-0 dalam final Trofi Juara-Juara Perancis awal pagi tadi.
PSG menuju ke aksi final berkenaan sebagai pasukan pilihan untuk memenangi satu lagi gelaran dan mereka berada di depan seawal minit ketiga menerusi jaringan Lee Kang-in.
Mbappe kemudian menggandakan kelebihan pasukannya sebelum waktu rehat separuh masa, sekali gus menhimpunkan 111 gol sepanjang beraksi di laman sendiri buat PSG.
Kemenangan itu juga memberikan ketua jurulatih, Luis Enrique, trofi pertama bersama pasukan gergasi Paris berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video