Towerthon Menara KL: Juara dunia dua kali halangan terbesar Soh Wai Ching

Shaiful Shamsudin
December 7, 2024 20:39 MYT
Kurang 24 jam Kejohanan Towerthon Menara Kuala Lumpur 2024, dengan bekas pelari menara nombor satu dunia, Soh Wai Ching, bakal berdepan jaguh antara juara-juara.
Antaranya, juara dunia dua kali, Piotr Lobodzinski, yang bertanding di Malaysia buat julung kalinya!
Dan, mentor Wai Ching ketika zaman muda itu mengambil pendekatan untuk berkampung di Kuala Lumpur sebagai persiapan menghadapi saingan esok.
"Sudah seminggu saya di Malaysia. Saya sudah menyesuaikan diri dengan suhu dan cuaca di sini.
"Sudah pasti ia bukan perlumbaan yang mudah esok. Saingan bermula jam 6.30 pagi jadi tidaklah panas sangat kerana sebagai peserta dari Eropah yang terbiasa dengan musim sejuk, ia bukan mudah.
"Selepas 8 minit larian, pastinya peluh saya akan bercucuran. Malah, tiada untuk minum sepanjang perlumbaan," katanya.
Dengan kehadiran pencabar utama, Wai Ching pula yakin dengan kemampuannya untuk melakar catatan di bawah 8 minit untuk menjadi yang terpantas menawan Menara KL.
"Saya sempat berlatih dengan Piots pada Rabu lalu, saya dapat mengatasinya dalam sesi latihan itu," katanya pula.
#Olahraga #pelari menara
;