Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu terpaksa diketepikan gara-gara kecederaan dan akan digantikan dengan penyerang muda, Fergus Tierney.
Harimau Malaya akan bertemu pasukan di ranking ke-187 dunia, Laos, pada Khamis ini sebelum bertemu pasukan di ranking ke-125 dunia, India, di Hyderabad pada Isnin depan.
?Fergus in, Romel out. Romel Morales terpaksa diketepikan akibat kecederaan dan Fergus Tierney yang berada dalam senarai bersedia dipanggil melapor diri. ??@ASTROARENA pic.twitter.com/e6P5MdWnyK
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 11, 2024