BADMINTON
TERKINI: BAM bebas daripada SPRM
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bebas daripada sebarang hukuman daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bulan lalu.
Badan induk pencegah rasuah itu mengumumkan bahawa tiada tindakan lanjut akan diambil terhadap pegawai rasmi BAM.
Terdahulu, BAM disiasat oleh SPRM, namun masih tiada punca sebenar kepada perkara tersebut berlaku.
BAM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, atas sokongan dan nasihatnya sepanjang siasatan dijalankan.