TERKINI: Arif Aiman, Tommy Mawat digantung tiga perlawanan -- FAM

Najmi Iman
November 19, 2024 11:05 MYT
Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, digantung tiga perlawanan membabitkan Liga Super Malaysia bertemu Kuala Lumpur City dan pertarungan timbal balik pusingan ke-16 Piala Malaysia menentang Kuala Lumpur Rovers.
Hukuman tersebut turut dikenakan kepada pertahanan Perak, Tommy Mawat Bada, yang terpaksa melupakan tiga aksi liga dan kejohanan berprestij itu menyaksikan dia terlepas daripada disenaraikan bertemu Kelantan Darul Naim dan Kedah Darul Aman.

SIARAN MEDIA: KEPUTUSAN KES TATATERTIB MEMBABITKAN ARIF AIMAN & TOMMY MAWAT ▶️ Baca penuh di https://t.co/nCzOLROzem#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/Zdanvhnq9G

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, kedua-dua pemain itu terlibat dalam insiden pertelingkahan dalam pertemuan JDT bertemu Perak di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sehingga menyebabkan mereka berdua dilayangkan kad kuning.
Perkara itu disahkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan rasmi selepas mesyuarat tatatertib dijalankan.
Selain itu, Arif Aiman dan Tommy Mawat berpotensi dijatuhkan tindakan lebih berat serta amaran keras telah diberikan sekiranya melakukan kesalahan yang sama.
#bola sepak #johor darul ta'zim #JDT #Liga Super Malaysia #Piala Malaysia #Perak #Tommy Mawat Bada #Arif Aiman Hanapi
;