Taring Harimau Malaya patah, tewas 4-0 di Auckland

Najmi Iman
October 14, 2024 15:57 MYT
NEW ZEALAND 4 MALAYSIA 0
New Zealand menepati ramalan apabila menewaskan Malaysia dalam Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 di Stadium North Harbour, Auckland, sebentar tadi.
Harimau Malaya mengikat kedudukan 0-0 dalam babak pertama selepas kecemerlangan barisan pertahanan yang dianggotai oleh Harith Haiqal, Dominic Tan, Matthew Davies dan Corbin Ong yang mempamerkan persembahan memukau apabila kerap menidakkan sebarang percubaan berbahaya pasukan tuan rumah.
Kemenangan tersebut hasil daripada kebangkitan skuad All Whites dalam separuh masa kedua yang tidak membazirkan peluang untuk menembusi penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Syihan Hazmi.
Elijah Just mengambil kesempatan terhidang tatkala mudah menampan bola hasil hantaran daripada pemain sayap New Zealand untuk memberi gol pertama permainan.

Keputusan Masa Penuh Perlawanan Antarabangsa Tier 1 | Isnin, 14 Oktober 2024 NEW ZEALAND ?? 4-0 ?? MALAYSIA ⚽️ Elijah Just 53' Matthew Garbett 61' Chris Wood 72' Logan Rogerson 90'#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/aWZe2AzqLY

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Giliran Matt Garbett pula menggandakan kelebihan 2-0 buat skuad tuan rumah di mana Syihan sekali lagi tertewas seperti jaringan pertama yang menyaksikan tampanan bola tersebut leret masuk ke gol.
Pada minit ke-71, pemain gantian, Chris Wood, menanduk masuk gol ketiga menerusi hantaran lintang di sebelah kanan permainan untuk kedudukan 3-0.
Cubaan jarah jauh dari luar kotak penalti menghadirkan jaringan keempat buat New Zealand, sekali gus menutup perlawanan tersebut dengan kemenangan besar 4-0.
Pemain negara dilihat buntu mengatur serangan balas mahupun mengawal aksi, namun mudah dipatahkan oleh pemain New Zealand yang tidak membenarkan sebarang percubaan berjaya dilakukan.
#bola sepak #New Zealand #Malaysia #Harimau Malaya
;