Sze Fei-Nur Izzuddin kini ranking kedua dunia, beregu lelaki nombor satu negara

Najmi Iman
January 10, 2025 08:36 MYT
Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, diangkat selaku gandingan pertama negara kategori tersebut selepas terus mempamerkan persembahan terpuji selain menonjolkan prestasi konsisten sejak kembali digandingkan semula.
Finalis Badminton Final Jelajah Dunia BWF musim lalu itu memperbaharui ranking terkini apabila melonjak ke tempat kedua dunia, sekali gus menyamai rekod pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sebelum ini.

Kemaskini Ranking Dunia BWF Ranking Terbaik Kerjaya Beregu Lelaki Kemaskini ranking selepas kejohanan pembuka tirai musim 2025 menyaksikan Gandingan Tangan Kuat #BadmintonMalaysia, Goh Sze Fei / Nur Izzuddin bakal mencapai kedudukan sebagai Beregu Lelaki ranking… pic.twitter.com/I1mfvtfgG0

— ShuttleHard (@ShuttleHard) January 9, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Meskipun tewas seawal pusingan 32 Petronas Terbuka Malaysia dalam aksi pembukaan Jelajah BWF Selasa lalu, kedudukan Sze Fei-Nur Izzuddin tetap meningkat susulan beregu lelaki utama China, Liang Wei Keng-Wang Chang, gagal mempertahankan gelaran selaku juara kejohanan ini, musim lalu.
2024 menjadi tahun kebangkitan mereka apabila berhasil merangkul tiga gelaran dunia iaitu Terbuka Jepun, Terbuka China bertaraf super 1000 dan Terbuka Finland menewaskan lawan masing-masing.
#badminton #Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
;