Sukan SEA: KOM pilih Haiqal, Khairul Hafiz beraksi dalam acara 100m
Ammar Hakim
March 4, 2023 17:31 MYT
March 4, 2023 17:31 MYT
Dua bekas raja pecut Sukan SEA, Mohd Haiqal Hanafi dan Khairul Hafiz Jantan bakal beraksi dalam acara 100 meter mengetepikan pemegang rekod kebangsaan, Muhammad Azeem Fahmi menjelang saingan yang berlangsung Mei ini.
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) akur dengan keputusan Azeem untuk fokus terhadap pengajian di Amerika Syarikat dan memilih Haiqal dan Khairul Hafiz susulan kejayaan mereka berjaya melepasi had kelayakan kategori A iaitu 10.56 saat.
Mereka juga akan beraksi dalam 4x100m bersama Mohd Arshad Md Saad, Russel Alexander Nasir Taib sementara Jonathan Nyepa dan Mohd Zulfiqar Ismail sebagai pelari simpanan.
"Sukan SEA kali ini agak sengit. Kehadiran Khairul Hafiz ternyata akan memberikan saingan sengit," kata Haiqal.
"Azeem layak beraksi secara merit namun dia memiliki tugasan yang penting di Amerika Syarikat.
"Sasaran saya adalah untuk melakukan yang terbaik, saya telah lama tidak beraksi ekoran kecederaan namun saya tetap meletakkan sasaran untuk meraih pingat emas."