Sukan SEA Kemboja: Khairul Hafiz Jantan sebak kembali harumkan nama negara

Shaiful Shamsudin
May 11, 2023 13:48 MYT
"Saya dah lama sangat tak berlari untuk negara."
Demikian luahan sebak Khairul Hafiz Jantan yag melambangkan kerinduannya untuk terus menjadi sandaran negara dalam setiap temasya penting.
Kali terakhir dia membawa nama negara pada 2019 dan selepas empat tahun, Khairul Hafiz tidak mahu lagi membazir masa apabila dia -- termasuk Muhammad Zulfiqar Ismail, Jonathan Nyepa dan Muhammad Haiqal Hanafi -- membutirkan pingat gangsa dalam 4x100 meter lelaki, Sukan SEA Kemboja, yang umpama petanda baik untuknya terus mendapat kepercayaan dalam skuad negara.
"Sudah berapa lama saya tak berlari untuk pasukan Malaysia dan hari ini bantu dapat pingat, semestinya saya tetap bangga walaupun dapat nombor tiga (gangsa), rasa nak menangis pun ada.
"Saya akui sebelum ini saya tertekan tetapi keluarga, rakan-rakan dan jurulatih tidak putus-putus berikan semangat," katanya selepas perlumbaan di Stadium Nasional Morodok Techo, malam tadi.
#Khairul Hafiz Jantan #Olahraga #Sukan SEA Kemboja
;