Salah satu harapan terbesar Malaysia untuk meraih pingat emas pertama dalam sukan Olimpik adalah melalui sukan badminton. Berikut merupakan apa yang perlu anda tahu mengenai pasukan badminton Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024.

Senarai Pemain Badminton Malaysia yang Layak ke Sukan Olimpik Paris 2024

Lee Zii Jia - Perseorangan Lelaki
Pemain ranking ke-10 dunia, Lee Zii Jia akan menyertai temasya Olimpik buat kali kedua. Pada Olimpik Tokyo sebelum ini, beliau tersingkir pada pusingan 16 berdepan Chen Long. Apa yang memberi khabar gembira, Zii Jia sedang berada dalam momentum terbaik selepas memenangi BWF Thailand Open dan BWF Australian Open pada 2024. Harapan agar Zii Jia dapat membawa pulang emas Olimpik yang pertama bagi Malaysia.

Goh Jin Wei - Perseorangan Wanita
Pemain berusia 24 tahun ini akan membuat debut pertamanya dalam sukan Olimpik. Jin Wei bukan lagi asing di pentas dunia, sebelum ini beliau telah memenangi dua kejuaraan dunia bawah umur.

Aaron Chia, Soh Wooi Yik - Beregu Lelaki
Pasangan beregu negara ini telah memenangi satu-satunya pingat gangsa untuk Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Pada tahun ini, mereka telah berjaya untuk meraih tempat kedua di BWF All England Open. Mereka merupakan pasangan yang perlu diberi perhatian untuk membutirkan pingat emas pertama Olimpik buat Malaysia.

Pearly Tan, Thinaah Muralitharan - Beregu Wanita
Pasangan beregu wanita negara yang amat dinanti-nantikan untuk beraksi buat kali pertama dalam temasya Olimpik. Pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, mereka telah berjaya untuk menghadiahkan pingat emas buat negara.

Cheng Tang Jie, Toh Ee Wei - Beregu Campuran
Pasangan beregu campuran ini juga akan membuat debut pertama untuk sukan Olimpik. Seperti juga dengan Lee Zii Jia, mereka telah berada dalam momentum terbaik tahun ini dengan meraih tempat kedua di BWF Thailand Masters dan BWF Swiss Open.

Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Badminton Malaysia Sukan Olimpik Paris 2024

Perseorangan Lelaki Kumpulan C: Lee Zii Jia (Malaysia), Viren Nettasinghe (Sri Lanka), Pablo Abian (Sepanyol)

Perseorangan Wanita Kumpulan H: Goh Jin Wei (Malaysia), Kim Ga Eun (Korea), Johanita Scholtz (Afrika Selatan)

Beregu Wanita Kumpulan A: Pearly Tan/Thinaah Muralitharan (Malaysia), Chen Qing Chen/Jia Yi Fan (China), Mayu Matsumoto/Wakana Nagahara (Jepun), Apriyani Rahayu/Siti Fadila Silva Ramadhanti (Indonesia)

Beregu Campuran Kumpulan D: Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (Malaysia), Feng Yan Zhe/Huang Dong Ping (China), Vinson Chiu/Jennie Gai (USA), Hee Yong Kai Terry/Tan Wei Han Jessica (Singapura)

Beregu Lelaki Kumpulan A: Aaron Chia/Soh Wooi Yik (Malaysia), Liang Wei Keng/Wang Chang (China), Ben Lane/Sean Vendy (Great Britain), Dong Adam (Xingyu)/Nyl Yakura (Kanada)

Jadual Peringkat Kumpulan Pasukan Badminton Malaysia Sukan Olimpik Paris 2024

Jadual yang tertera adalah tentatif dan hanya untuk pusingan awal kumpulan. Jadual penuh akan dikemaskini.

27th Julai 2024

2:30pm & 3:20pm: Beregu Campuran Peringkat Kumpulan – Chen Tang Jie, Toh Ee Wei
3:20pm: Perseorangan Wanita Peringkat Kumpulan – Goh Jin Wei
4:10pm: Beregu Lelaki Peringkat Kumpulan – Aaron Chia, Soh Wooi Yik
4:10pm & 5:00pm Beregu Wanita Peringkat Kumpulan – Pearly Tan, Thinaah Muralitharan
5:00pm – Perseorangan Lelaki Peringkat Kumpulan – Lee Zii Jia

28th Julai 2024

1:30pm: Perseorangan Wanita Peringkat Kumpulan – Goh Jin Wei
1:30pm & 2:20pm: Beregu Lelaki Peringkat Kumpulan – Aaron Chia, Soh Wooi Yik
2:30pm & 3:20pm: Beregu Campuran Peringkat Kumpulan – Chen Tang Jie, Toh Ee Wei
3:10pm & 4:00pm Beregu Wanita Peringkat Kumpulan – Pearly Tan, Thinaah Muralitharan
4:00pm – Perseorangan Lelaki Peringkat Kumpulan – Lee Zii Jia

29th Julai 2024

30th Julai 2024

31st Julai 2024