Sudah cukup, mahu beri ruang kepada individu lain pimpin FAM -- Hamidin

Ammar Hakim
December 4, 2024 17:07 MYT
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin, tidak akan mempertahankan jawatan itu dalam Kongres FAM awal tahun depan.
Hamidin mula memegang jawatan itu pada 2018 dan akan menamatkan perkhidmatannya pada 15 Februari depan.
"Saya tidak akan mempertahankan jawatan ini. Lagi pun dah enam tahun setengah (menjadi presiden), saya rasa sudah cukup dan memberikan ruang untuk individu lain memimpin persatuan yang besar ini sekali gus membawa ke arah yang lebih baik," katanya menerusi sidang media yang berlangsung hari ini.
Hamidin telah dipilih sebagai Presiden FAM bagi penggal 2018-2021 pada Kongres FAM Ke-54 pada 2018 dan seterusnya mengekalkan jawatannya itu buat penggal kedua iaitu 2021-2025 selepas menang tanpa bertanding pada Kongres FAM Ke-57 pada 2021.
Di bawah kepimpinan beliau, Harimau Malaya berjaya layak secara merit ke Piala Asia 2024 selepas 42 tahun, berjaya memenangi Piala Pestabola Merdeka baru-baru ini selain memperbaiki ranking Harimau Malaya ke arah yang lebih baik.
#bola sepak #FAM #Hamidin Amin #Persatuan Bolasepak Malaysia
;