LALIGA

Sergi Roberto tambah senarai kecederaan Barcelona

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
19/10/2023
03:09 MYT
Sponsor Banner
Sergi Roberto tambah senarai kecederaan Barcelona
Pemain tengah Barcelona, Sergi Roberto, akan disisihkan kerana kecederaan betis.
Tiada jangka masa tepat terhadap program pemulihan untuk pemain berusia 31 tahun itu tatkala krisis kecederaan gergasi LaLiga berkenaan terus meningkat.
Pengurus Barca, Xavi, telah pun kehilangan Jules Kounde, Pedri, Frenkie de Jong, Raphinha dan Robert Lewandowski sebelum rehat antarabangsa.
Satu kenyataan daripada laman sesawang kelab itu berbunyi: "Pemain pasukan utama, Sergi Roberto, mengalami kecederaan otot di kaki kanannya dan tidak akan dapat beraksi hingga masalah itu selesai."
Bagaimanapun, pemain antarabangsa Sepanyol, Alejandro Balde dan Lamine Yamal, kembali menjalani latihan semalam.
Balde mengalami kecederaan perut ketika menjalankan tugas antarabangsa yang memaksanya terlepas kemenangan Sepanyol di Norway ketika mengesahkan kelayakan ke Euro 2024, manakala Yamal yang berusia 16 tahun -- penjaring termuda Sepanyol dan Barcelona -- pula sembuh daripada kecederaan pinggul.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video