Separuh masa Liga Super: Negeri Sembilan buntu atur serangan balas, Perak kempunan jaringan

Najmi Iman
September 14, 2024 18:23 MYT
Pasukan pelawat, Perak, gagal memanfaatkan peluang untuk mendahului perlawanan berdepan Negeri Sembilan meskipun mempunyai banyak peluang sebelum tamat separuh masa pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, ketika ini.
Skuad kendalian Yusri Che Lah mengatur pelbagai serangan tanpa henti untuk mencari gol pembukaan, namun ketumpulan jentera hadapan tidak mendatangkan sebarang kejutan sebelum menuju bilik persalinan.

Keputusan Separuh Masa Pertama – LS10#LigaSuper2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/tZ3YrBQZ0J

— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kredit harus diberikan kepada penjaga gol Sang Rusa, Aqil Abdul Razak, yang banyak menyelamatkan percubaan selain mematahkan asakan skuad The Bos Gaurus untuk memastikan tiada jaringan berjaya dibolosi.
Negeri Sembilan turut melancarkan serangan balas yang diketuai oleh Mika Junco sambil dibantu oleh Hein Htet Aung tetapi berhasil dikawal oleh barisan pertahanan Perak.
#liga super #Negeri Sembilan #Liga Super Malaysia #Perak #DemiLigaKita #Ultimate Liga Super Fantasy