Saufi Tahir
Thu Dec 05 2024
Bekas pemain remaja kebangsaan Sepanyol, Jese Rodriguez, menjelaskan dia berasa seakan tertipu ketika menyertai Paris Saint-Germain (PSG) selepas perpindahan dari Real Madrid pada 2016.
Pemain berusia 33 tahun itu turut mengungkapkan presiden kelab gergasi Perancis itu seakan lebih menyukai isterinya berbanding dengan bakat yang dimilikinya ketika membantu kelab itu.
Untuk rekod, sepanjang bersama PSG sepanjang 2016 hingga 2020, dia telah beraksi dalam 18 perlawanan secara keseluruhan dalam semua pertandingan dan telah menjaringkan dua gol buat kelab itu.
"Jika saya mahu, saya boleh kekal di Real Madrid, tetapi pilihan untuk menyertai PSG muncul. Saya tidak mendapat banyak minit, jadi saya fikir ke Paris untuk lebih banyak masa beraksi dengan Unai Emery adalah jurulatih ketika itu, dan dia yang memanggil saya.
"Saya hampir untuk menyertai skuad Piala Dunia di Brazil tetapi kecederaan menghalang saya. Mereka menambah kontrak saya dan membayar lebih banyak. Memandangkan di Madrid kami dibayar setiap enam bulan, ia sangat lumayan.
"Saya dilayan dengan sangat buruk disana, dan ia membuatkan saya faham Madrid adalah tempat terbaik di dunia. Saya memulakan kerjaya di PSG dengan memberikan bantuan jaringan dalam perlawanan pertama, namun diketepikan selama dua bulan kerana Apendisitis.
"Apabila musim sejuk tiba, saya diberitahu untuk pergi dan memberitahu Emery saya rasa seperti ditipu. Presiden langsung tidak mahu berjumpa saya. Saya tidak tahu sama ada dia lebih menyukai isteri saya daripada saya.
"Mereka tidak beri penjelasan. Rasa seperti berurusan dengan jutawan yang melayani pemain seperti patung yang boleh dibelanjakan dalam permainan." katanya kepada pempengaruh di laman Youtube.
Tingkatkan taraf bola sepak Kelantan sasaran utama Azmi Ariffin
Datuk Azmi Ariffin mengesahkan bakal bertanding merebut jawatan presiden menjelang kongres dan pemilihan semula jawatankuasa eksekutif Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) bagi penggal 2025-2028 kelak.
'Selangor, semangat anda sentiasa dikenang. Terima kasih atas memori'
Laman rasmi Liga Juara-Juara Asia menerusi laman X hari ini mengucapkan terima kasih atas segala memori sepanjang Selangor beraksi dalam kempen itu.
Arsenal hilang khidmat Bukayo Saka
Penyerang Arsenal, Bukayo Saka, dijangka akan diketepikan selama lebih dua bulan selepas menjalani pembedahan kecederaan hamstring, kata pengurus pasukan itu, Mikel Arteta.
Slot puji kepimpinan Van Dijk tapi...
Pengurus Liverpool, Arne Slot, memuji kepimpinan yang dimiliki Virgil van Dijk pada ketika kapten The Reds itu sedang berdepan waktu getir mengenai masa depannya di Anfield.
Rayuan Barcelona ditolak mahkamah
Dany Olmo mungkin tidak dapat mewakili Barcelona bermula 1 Januari ini selepas rayuan kelab itu untuk pendaftaran sementara pemain antarabangsa Sepanyol itu bagi baki musim ini ditolak.
EPL: Cristiano Ronaldo yakin Manchester United kembali bangkit bersama Ruben Amorim
Cristiano Ronaldo percaya Ruben Amorim merupakan individu paling tepat untuk mengambalikan Manchester United ke puncak kegemilangan, di sebalik permulaan hambar pengurus baru itu bersama The Red Devils.
Harap-harap Arsenal menang trofi 2025 -- Declan Rice
Declan Rice berharap tahun baru 2025 akan mendatangkan trofi buat Arsenal selepas pasukan itu menamatkan tahun 2024 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Ipswich Town dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates awal pagi tadi.
Ini destinasi Umarbek Eshmurodov selepas tinggalkan Selangor
Bekas pertahanan Selangor, Umarbek Eshmurodov, akan menyertai pasukan gergasi Uzbekistan, FC Nasaf, demikian disahkan kelab itu dalam satu kenyataan.
Liga Super: Umarbek Eshmurodov pulang ke Uzbekistan, sah tidak bersama Selangor
Pertahanan Uzbekistan, Umarbek Eshmurodov, sah tidak bersama Selangor bagi mengharungi baki musim Liga Super Malaysia dan perlawanan Piala Cabaran yang akan bersambung tahun depan.
Piala AMEC: Jaringan minit akhir beri kelebihan satu jaringan kepada Filipina, benam Thailand selepas 52 tahun
Filipina membawa bekalan satu gol ke Stadium Rajamangala selepas menundukkan Thailand 2-1 dalam perlawanan separuh akhir pertama saingan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 di Stadium Memorial Rizal, sebentar tadi.
Kings showed 'no class' in Brown sacking, says Nuggets' Malone
Malone fumes at Brown sacking
Vinicius' Ballon d'Or snub 'unfair', says five-time winner Ronaldo
Ronaldo: Vinicius
Silva relishing Bournemouth battle following Boxing Day heroics
Preview: Fulham v Bournemouth
Reddy's maiden Test century leads India comeback against Australia
Reddy century inspires India rally
Saka faces "more than two months" out after hamstring surgery, says Arteta
Arteta: Saka out for two months
Glasner to expect the unexpected against Juric and Southampton
Preview: Palace v Southampton
NBA: Knicks, Cavaliers each win 6th straight
Knicks, Cavs extend win streaks
Dyche sees Everton's confidence growing ahead of Forest clash
Preview: Everton v Forest
Rice hopes 2025 'brings trophies' for Arsenal after narrow Ipswich win
Rice hopes 2025 'brings trophies'
Kings fire coach Mike Brown in third season
Kings fire coach Mike Brown