Projek FAM: Presiden FIFA taruh kepercayaan, yakin TMJ kemudi bola sepak negara

Najmi Iman
December 18, 2024 10:43 MYT
Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, menyokong penuh projek terbaru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang memberi penekanan khusus kepada skuad Harimau Malaya menjelang tahun depan.
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), telah mengadakan pertemuan bersama Infantino bagi membincangkan mengenai penstrukturan tersebut.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh TMJ menerusi X, Infantino yakin dan sedia menaruh kepercayaan terhadap inisiatif itu bagi merealisasikan impian Malaysia menjadi salah satu kuasa bola sepak di dunia.

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengadakan pertemuan dengan Gianni Infantino, Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 17 Disember 2024. Infantino telah diberi taklimat mengenai projek skuad kebangsaan di Malaysia yang dimulakan… pic.twitter.com/FIy0wYHhDJ

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) December 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam masa sama, TMJ bersetuju untuk menyalurkan sokongan terhadap penyelidikan, infrastruktur dan pembangunan terkini bola sepak negara.
#bola sepak #FIFA #TMJ #Malaysia #Harimau Malaya #Gianni Infantino #Tunku Ismail Sultan Ismail
;