SELANGOR FC 1 PDRM FC 2
PDRM FC bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Selangor FC 2-1 dalam perlawanan kedua pusingan 16, Piala Malaysia di Stadium Petaling Jaya sebentar tadi.
Bagaimanapun, ia belum cukup untuk menafikan kemaraan The Red Giants, yang mengesahkan tempat dalam suku akhir hasil kemenangan agregat 5-3.
Berbekalkan kemenangan 4-1 daripada perlawanan pertama di venue sama pada 3 Ogos lalu, Selangor terlebih dahulu memecahkan kebuntuan pada minit ke-25 apabila Yohandry Orozco bertindak bijak menghidu hantaran gemilang Noor Al-Rawabdeh untuk menewaskan penjaga gol, Ramadhan Hamid.
Bagaimanapun, PDRM hanya memerlukan enam minit untuk kembali menghidupkan peluang mereka, di mana Nabil Latpi menyumbat masuk lintangan rendah Uche Agba susulan satu gerakan serangan balas pantas.
Kedua-dua pasukan melepaskan deretan peluang di depan gawang sepanjang separuh masa kedua tetapi gara-gara satu kesilapan yang dilakukan pertahanan Selangor, Yazan Al-Arab, Bruno Suzuki berhasil mencuri bola sebelum melakukan lintangan yang memaksa Harith Haikal Adam Afkar tertampan bola ke gawang sendiri dalam waktu kecederaan.
Dengan keputusan itu, Selangor akan berdepan Terengganu FC dalam dua aksi timbal balik bagi penentuan ke separuh akhir bulan depan.
Muzaffar Musa
Sat Aug 19 2023
Terkini Kelayakan Piala Dunia: Dua jaringan Marselino Ferdinan bantu Indonesia gigit Pak Arab
Dua jaringan Marselino Ferdinan memastikan Indonesia menewaskan Arab Saudi 2-0 dalam perlawanan pusingan ketiga Kumpulan H Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi.
Unifi Piala Malaysia: KL Rovers ketepi isu gaji, fokus hadapi Harimau Selatan
Keputusan Kl Rovers berlepas ke Johor Bahru hari ini menepis segala spekulasi, bakal berlaku boikot perlawanan rentetan isu gaji yang di hadapi pasukan yang menduduki tangga ke 3 Liga A1 ketika ini.
Unifi Piala Malaysia: Ini kemaskini terbaru jadual perlawanan
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan kemaskini jadual perlawanan pusingan 16 Unifi Piala Malaysia 2024/25 melibatkan beberapa perlawanan selepas mendapat persetujuan pasukan terlibat.
Viktor Gyokeres tidak pasti ke Manchester United
Penyerang Sweden, Viktor Gyokeres, menyatakan khabar angin yang mengaitkannya dengan perpindahan ke Manchester United pada Januari depan adalah perkara yang "tidak pasti".
Piala Dunia 2026 kejohanan terakhir Harry Kane?
Piala Dunia 2026 bakal menjadi kejohanan terbesar terakhir buat ketua pasukan England, Harry Kane.
UNL: Van Dijk, Frenkie de Jong tinggalkan Belanda ekoran keperluan perebutan kelab
Tonggak utama Belanda, Virgil van Dijk dan Frenkie de Jong, telah meninggalkan kem pasukan atas alasan perubatan menjelang perlawanan terakhir Liga Negara-Negara UEFA (UNL) yang berlangsung pagi esok.
EPL: Rodrigo Bentancur digantung tujuh aksi akibat kenyataan bersifat rasis terhadap Son Heung-min
Pemain Uruguay dan Tottenham Hotspur, Rodrigo Bentancur, sah dihukum tujuh perlawanan oleh Persatuan Bolasepak England (FA England), akibat membuat kenyataan bersifat rasis terhadap rakan sepasukannya, Son Heung-min dalam satu temubual, dua bulan lalu.
Kelayakan Piala Dunia 2026: Keputusan tidak konsisten, jurulatih Brazil perlu masa
Brazil bakal menerima kunjungan Uruguay dalam saingan paling sengit bola sepak Amerika Selatan dalam Kelayakan Piala Dunia 2026 zon Konfederasi Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL), dengan kedua-dua pasukan berdepan masalah prestasi sejak kebelakangan ini.
Naturalisasi adalah realiti bola sepak moden, kata Pau Marti
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente, mempertahankan pemain-pemainnya yang sudah bertungkus-lumus mencipta peluang ketika berdepan India dalam perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1 di Hydrabad, malam tadi.
TERKINI: Arif Aiman, Tommy Mawat digantung tiga perlawanan -- FAM
Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, digantung tiga perlawanan membabitkan Liga Super Malaysia bertemu Kuala Lumpur City dan pertarungan timbal balik pusingan ke-16 Piala Malaysia menentang Kuala Lumpur Rovers.
Raducanu's win not enough as Slovakia down Great Britain
Slovakia overcome Great Britain
Neymar should have won five Ballons d'Or, claims Buffon
Buffon lauds Neymar
Palestine hold South Korea as Japan down China in World Cup qualifying
South Korea held by Palestine
Sri Lanka wrap up series win as rain washes out third ODI
Third ODI rained off
Clark: Australia's 'world-class' bowlers key in India Test
Clark: Bowlers key for Australia
Rogers pens long-term Aston Villa deal
Rogers agrees new Villa deal
Bayern's Palhinha sidelined for weeks with adductor injury
Palhinha sustains adductor injury
'You made the whole tennis world proud' - Federer pays tribute to Nadal's 'epic career'
Federer pays tribute to Nadal
Rivers praises Lillard's 'courage' on Bucks return
Rivers praised Lillard on return
Hemp ruled out of England squad after knee surgery
Hemp undergoes knee surgery