Hatrik Gabriel Jesus pacu kemenangan Arsenal menewaskan Crytsal Palace 3-2 dalam pertembungan suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL) awal pagi tadi.
Jean-Philippe Mateta terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit keempat untuk pasukan pelawat bertahan sehingga tamat separuh masa pertama, namun kebangkitan skuad kendalian Mikel Arteta pada babak kedua memastikan mereka layak ke separuh akhir meskipun Eddie Nketiah merapatkan jurang pada minit ke-85.
Sementara itu, Newcastle United juga mengikuti jejak langkah The Gunners untuk menempah tiket ke pusingan seterusnya apabila mudah mengalahkan Brentford 3-1 di Stadium St. James.
Sandro Tonali dan Fabian Schar mencetak nama selaku penjaring tatkala The Magpies melakukan 23 percubaan dan menguasai keseluruhan permainan dengan penguasaan sebanyak 55 peratus.
Dalam masa sama, Southampton gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri selepas akur kepada kehebatan Liverpool yang menepati ramalan ke separuh akhir Piala EFL.
Walaupun kehilangan khidmat Diogo Jota, pasukan bimbingan Arne Slot tidak mempunyai masalah untuk menundukkan Southamptn menerusi jaringan Darwin Nunez dan Harvey Elliott dengan keputusan tamat 2-1.
Juara Piala FA Inggeris 2023, Manchester United, akan bertemu Tottenham Hotspur dalam aksi suku akhir, awal pagi ini.
Najmi Iman
Wed Dec 18 2024
Terima kasih atas segalanya, selamat maju jaya -- Akhyar Rashid
Pemain sayap Harimau Malaya, Akhyar Rashid, menzahirkan penghargaannya buat bekas ketua jurulatih interim skuad negara, Pau Marti Vicente.
Terkini: Kapten Burnley nafi ada pertalian darah dengan Malaysia
Kapten Burnley, Josh Brownhill, menafikan bahawa dirinya ada pertalian darah dengan Malaysia untuk mewakili Harimau Malaya.
Tingkatkan taraf bola sepak Kelantan sasaran utama Azmi Ariffin
Datuk Azmi Ariffin mengesahkan bakal bertanding merebut jawatan presiden menjelang kongres dan pemilihan semula jawatankuasa eksekutif Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) bagi penggal 2025-2028 kelak.
'Selangor, semangat anda sentiasa dikenang. Terima kasih atas memori'
Laman rasmi Liga Juara-Juara Asia menerusi laman X hari ini mengucapkan terima kasih atas segala memori sepanjang Selangor beraksi dalam kempen itu.
Arsenal hilang khidmat Bukayo Saka
Penyerang Arsenal, Bukayo Saka, dijangka akan diketepikan selama lebih dua bulan selepas menjalani pembedahan kecederaan hamstring, kata pengurus pasukan itu, Mikel Arteta.
Slot puji kepimpinan Van Dijk tapi...
Pengurus Liverpool, Arne Slot, memuji kepimpinan yang dimiliki Virgil van Dijk pada ketika kapten The Reds itu sedang berdepan waktu getir mengenai masa depannya di Anfield.
Rayuan Barcelona ditolak mahkamah
Dany Olmo mungkin tidak dapat mewakili Barcelona bermula 1 Januari ini selepas rayuan kelab itu untuk pendaftaran sementara pemain antarabangsa Sepanyol itu bagi baki musim ini ditolak.
EPL: Cristiano Ronaldo yakin Manchester United kembali bangkit bersama Ruben Amorim
Cristiano Ronaldo percaya Ruben Amorim merupakan individu paling tepat untuk mengambalikan Manchester United ke puncak kegemilangan, di sebalik permulaan hambar pengurus baru itu bersama The Red Devils.
Harap-harap Arsenal menang trofi 2025 -- Declan Rice
Declan Rice berharap tahun baru 2025 akan mendatangkan trofi buat Arsenal selepas pasukan itu menamatkan tahun 2024 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Ipswich Town dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates awal pagi tadi.
Ini destinasi Umarbek Eshmurodov selepas tinggalkan Selangor
Bekas pertahanan Selangor, Umarbek Eshmurodov, akan menyertai pasukan gergasi Uzbekistan, FC Nasaf, demikian disahkan kelab itu dalam satu kenyataan.
Hurzeler hoping to improve dressing room morale ahead of Villa test
Preview: Aston Villa v Brighton
Arsenal winger Saka vows to 'come back stronger' after surgery
Saka vows to 'come back stronger'
Lazio 1-1 Atalanta: Brescianini goal helps visitors stay top of Serie A
Report: Lazio 1-1 Atalanta
Inzaghi reaffirms faith in Martinez after Inter captain ends goal drought
Inzaghi reaffirms faith in Martinez
Kyrgios says Sinner and Swiatek doping cases 'disgusting' for tennis
Doping horrible for tennis: Kyrgios
Norris has 'what it takes' to win 2025 F1 Drivers' Championship
Norris can win 2025 F1 title
New Zealand captain Santner hails Duffy after win over Sri Lanka
NZ captain Santner hails Duffy
Jansen admits South Africa face tough challenge to beat Pakistan
Jansen admits big task in 1st Test
'I want to be here' – Guardiola certain on future with crisis club Man City
Pep: 'I want to be here'
Alisson urges Liverpool to create their own history
Alisson tells Reds to make history