Piala Dunia 2025 sasaran utama Persekutuan Lawn Bowls Malaysia

Ammar Hakim
December 16, 2024 16:39 MYT
2024 menjadi satu lagi tahun gemilang buat pasukan boling padang negara apabila Farah Ain Abdullah berjaya muncul juara dunia, disusuli kecemerlangan Malaysia di Kejohanan Asia.

Fokus utama Persekutuan Lawn Bowls Malaysia adalah Piala Dunia 2025! ???#NadiWeekend #AstroArena pic.twitter.com/nmHr8HCyXO

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia, Datuk Awalan Abdul Aziz, menyifatkan 2025 bakal jadi tahun padat buat mereka.
Ini apabila Malaysia bakal hadapi banyak kejohanan besar dengan yang paling utama, Piala dunia yang akan berlangsung di Hong Kong akhir tahun hadapan.
Sementara itu, Persekutuan Lawn Bowls Malaysia semalam menganjurkan Piala Presiden 2024 dan menariknya setiap pasukan dibekalkan satu bowlers kebangsaan.
Dan pasukan Majlis Sukan Negara (MSN) berjaya muncul juara selepas tundukkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di final, manakala SD Guthrie mengatasi Media Prima untuk meraih tempat ketiga.
#Malaysia #boling padang
;