PIALA ASIA
Piala Asia Qatar: VORTEXAC23+ bola rasmi kejohanan
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bekerjasama dengan jenama sukan, Kelme, memperkenalkan bola rasmi, yang bakal digunakan dalam Piala Asia 2023 Qatar Januari nanti.
Piala Asia 2023 dijadualkan bakal membuka tirai 12 Januari hingga 10 Februari 2024 di Qatar.
Pasukan Harimau Malaya yang diundi dalam Kumpulan E bersama Jordan, Bahrain dan Korea Selatan dijangka turun beraksi pada 16 Januari.
Iklan
Bola yang diberi nama 'VORTEX AC23' ini memiliki makna yang tersendiri, merangkumi kegembiraan, semangat, dan kelincahan dalam bermain bola sepak, selaras dengan warna merah marun khas bendera Qatar.
Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John, berkata, “AFC berbesar hati untuk menandakan pencapaian terbaru bersama rakan kongsi kami yang dihargai Kelme melalui pelancaran VORTEXAC23+ dan kami berterima kasih kepada mereka atas sokongan berterusan kepada permainan Asia.Glory blooms in golden dreams?Introducing VORTEXAC23+, the Official Match Ball of the AFC Asian Cup Qatar 2023™ Final⚽ Hayya Asia!#VORTEXAC23+ #AsianCup2023 #OfficialFinalMatchBall #LeaveYourMark pic.twitter.com/Mr0T3oEmIS— #AsianCup2023 (@afcasiancup) December 20, 2023
“Kami yakin kami akan menyaksikan edisi terhebat Piala Asia AFC kami setakat ini, dan melalui reka bentuk visual yang menakjubkan dan standard prestasi kualitinya, VORTEXAC23+ menunjukkan cita-cita kami untuk menyediakan dua pasukan terbaik di Asia dengan peringkat optimum untuk bersaing di peringkat tertinggi.”
Must-Watch Video