Piala Asia B-23: Pertembungan bola sepak skuad remaja Asia terungkai
April 24, 2024 17:28 MYT
Indonesia melakar debut mara melepasi peringkat suku akhir setelah mempamerkan aksi bertenaga bangkit menewaskan Australia 1-0 dan Jordan 4-1 selepas tewas di tangan Qatar 2-0 pada kempen Piala Asia kali ini.
Keempat-empat aksi tersebut berjaya dimuktamadkan setelah selesai peringkat kumpulan pada Selasa.
Manakala, Thailand sudahpun tersingkir walaupun memenangi perlawanan pembukaan menentang Iraq.
Korea Selatan dan Uzbekistan adalah satu-satunya pasukan yang memenangi ketiga-tiga perlawanan di peringkat kumpulan tanpa bolos. Korea Selatan juga merupakan satu-satunya pasukan yang layak ke suku akhir dalam kesemua enam edisi Piala Asia B23. Mengikuti mereka ialah Jepun dan Iraq dengan 5 kali, Arab Saudi, Uzbekistan (4), Qatar, Vietnam (3) dan Indonesia (1).
Piala Asia B23 tahun ini juga merupakan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024, dengan tiga slot terus untuk juara, naib juara dan tempat ketiga.
Tempat keempat akan menentang pasukan Afrika Guinea dalam playoff untuk baki slot.
Pasukan yang layak ke Olimpik 2016 ialah Jepun, Korea Selatan dan Iraq dan untuk Sukan Olimpik 2020, dengan Jepun sebagai tuan rumah, ialah Korea Selatan, Arab Saudi dan Australia .