Piala AMEC: Tiada jalan lain, Harimau Malaya perlu menang dalam aksi 'hidup mati' bertemu Singapura
Najmi Iman
December 18, 2024 08:52 MYT
December 18, 2024 08:52 MYT
Harimau Malaya mengharungi jalan sukar untuk menempah slot ke separuh akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 apabila berdepan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini.
Meskipun mendahului 2-0, namun Thailand seakan memberi peluang kedua buat Malaysia tatkala melakukan kebangkitan dramatik menewaskan Singapura 4-2 untuk mengesahkan tempat di peringkat seterusnya.
Kemenangan skuad Gajah Perang itu kembali menghidupkan harapan pasukan negara untuk memintas kedudukan bergelar naib juara dalam Kumpulan A, walaupun perlu melepasi rintangan Singapuran.
Tiada jalan lain. Skuad kendalian Pau Marti Vicente harus menewaskan pasukan di ranking ke-161 dunia itu dalam aksi 'hidup mati' dan menjaringkan gol sebanyak mungkin tanpa kerap dibolosi.
Kelebihan bermain di tempat sendiri menjadi potensi terbesar juara Pestabola Merdeka 2024 itu untuk mengalahkan pasukan bimbingan Tsutomu Ogura.
Sekiranya kemenangan berpihak Malaysia pada aksi terakhir menentang Singapura kelak, ia sekali gus memberi tiga mata penuh.
Sementara itu, Thailand dijangka tidak berdepan sebarang masalah untuk menumpaskan Kemboja kerana pertembungan ibarat langit dan bumi itu memihak kepada anak buah Masatada Ishii.
Namun, jika Kemboja mampu melakukan kejutan, maka slot ke separuh akhir akan ditentukan melalui jumlah jaringan di antara Malaysia.