Piala AMEC: Jaringan minit akhir beri kelebihan satu jaringan kepada Filipina, benam Thailand selepas 52 tahun

Najmi Iman
December 27, 2024 23:19 MYT

Filipina membawa bekalan satu gol ke Stadium Rajamangala selepas menundukkan Thailand 2-1 dalam perlawanan separuh akhir pertama saingan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 di Stadium Memorial Rizal, sebentar tadi.

Meskipun skuad Gajah Perang menguasai keseluruhan permainan, namun keampuhan pasukan bimbingan A. Capellas Herms tidak mensia-siakan peluang bermain di tempat sendiri.

Philippines beat Thailand for the first time in 52 years ?#MitsubishiElectricCup #ASEANUtdFC pic.twitter.com/xarOhWupni

— ASEAN United FC (@aseanutdfc) December 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sandro Reyes terlebih dahulu meletakkan Filipina di depan seawal minit ke-21 menerusi rembatan dari luar kotak penalti menewaskan Patiwat Khammai.
Sebelum tamat separuh masa pertama, Suphanat Bureerat pantas menyamakan kedudukan 1-1 menuju rehat tatkala serangan balas daripada bahagian pertahanan membuahkan hasil.

Skuad Masatada Ishii terpaksa berputih mata susulan tandukan Kike Linares memberi kemenangan 2-1 kepada Filipina, sekali gus menyukarkan Thailand dalam aksi separuh akhir kedua nanti.

Untuk rekod, itu merupakan kemenangan pertama Filipina selepas 52 tahun.

#bola sepak #Thailand #Filipina #Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 #Piala AMEC
;