Petronas Terbuka Malaysia: Sahabat Lee Zii Jia mara ke separuh akhir

Ammar Hakim
January 10, 2025 21:36 MYT
Pilihan kedua kejohanan, Anders Antonsen membawa cabaran saingan perseorangan ke separuh akhir Terbuka Malaysia yang berlangsung di Axiata Arena, hari ini.
Antonsen bertemu pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris 2024 dari Thailand, Kunvalut Vitidsarn, menyaksikan dia berjaya merampas set pertama 21-15 dalam aksi yang berlangsung dalam tempoh 23 minit.
Dalam set kedua, dia terus menampilkan aksi cemerlang apabila menamatkan perjalanan wakil Thailand itu dalam tempoh 26 minit, menerusi kemenangan 21-13.
#badminton #Terbuka Malaysia #Anders Antonsen
;