Petronas Terbuka Malaysia: Goh Sze Fei-Nur Izzuddin sedar reputasi pilihan ketiga bukan jaminan

Shaiful Shamsudin
January 5, 2025 10:39 MYT
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tidak menganggap reputasi sebagai beregu lelaki keenam dunia sebagai jaminan untuk mereka mengorak langkah jauh Petronas Terbuka Malaysia 2025 yang bermula di Axiata Arena, Selasa ini.
Gandingan muda Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard, bakal menjadi halangan sulung pilihan ketiga kejohanan itu menganggap mereka masih perlu membuktikan kemampuan di atas gelanggang tanpa mahu bersandarkan pencapaian lalu seperti muncul sebagai naib juara Final Jelajah Dunia BWF semata-mata.
"Tiada mana-mana lawan yang boleh dianggap mudah," katanya ketika turun menguji venue pertandingan.

Apa cerita pagi ini di Axiata Arena? Dapat lihat kombinasi mantap current Malaysia's best mens doubles-- test court pagi ini, mantap boh!!! Gudluck guys! @ASTROARENA pic.twitter.com/Nd4OxN9nh0

— Faizal Bazari (@faizalbazario) January 5, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#badminton
;