Ketua Pegawai Operasi LTdL 2024, Emir Abdul Jalal, berasakan saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 kali ini lebih mencabar susulan tidak dapat menjangkakan pemenang dalam setiap peringkat perlumbaan.
"Keputusan perlumbaan biasanya kami sudah ada pilihan siapa pemenang, tetapi semua keputusan lari daripada apa yang kami jangkakan. Ini menunjukkan keputusan tidak dijangka dan begitu juga laluan perlumbaan, kami tidak dapat tetapkan siapa yang akan menjuarai," katanya.
Dengan keputusan yang tidak dapat dijangkakan susulan laluan yang variasi dalam saingan LTdL kali ini, Emir menjelaskan: 'Ini pandangan saya juga, kita kena ada dakian yang lebih hebat untuk beri lebih cabaran. Saya berasa itu sangat menarik kerana tidak dapat menjangkakan siapa pemenangnya.
"Kita akan cuba bawa pada tahun depan, tetapi tidak dapat menjanjikan lagi.
"Kalau kita mahu bandingkan dari segi laluan LTdL dengan di Eropah, kita punya laluan pecutan terakhir adalah paling selamat. Dari segi penganjur kami memang sudah berikan laluan yang sudah cukup menarik dan lengkap buat mereka. Cuma semangat untuk menang hingga menyebabkan berlaku kemalangan.
Dia juga menjelaskan bahawa semangat juang pelumba yang ingin menyaingi pelumba terbaik dunia dengan semangat untuk melakar kemenangan antara faktor berlaku perkara yang tidak diingini.
"Ada pelumba yang mahu berada dalam kelompok pelumba terbaik dan sebabkan itu menyebabkan kemalangan berlaku.
"Mereka bersungguh-sungguh untuk raih kemenangan, kemalangan dalam basikal adalah lumrah dan bukan daripada penganjur." tambahnya lagi
Saufi Tahir
Tue Oct 08 2024
Pelumba TSG punyai peluang cerah ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028
Setelah Terengganu Cycling Team (TSG) melengkapkan Kejuaraan Jelajah Asia buat kali keenam dan kali keempat berturut- turut dari 2021 hingga 2024, kini dalam rentak terbaik untuk meneruskan kecemerlangan pada masa akan datang.
Misi TSG pastikan pelumba negara bakal beraksi di Sukan Olimpik
'Misi TSG adalah memastikan Malaysia layak ke Sukan Olimpik', itu yang disuarakan oleh Ketua Pegawai Operasi Terengganu Cycling Team (TSG), Nasiruddin Wan Idrus.
Dinobat sebagai juara Jelajah Asia 2024, TSG kongsi faktor kejayaan
Terengganu Cyling Team (TSG) baru sahaja memastikan Kejuaraan Asia buat kali keenam, kali keempat berturut-turut dan kini telah memasang impian untuk meneruskan kecemerlang mereka bagi musim 2025.
Jelajah Asia UCI: Terengganu Cycling Team pertahan gelaran empat tahun berturut-turut
Terengganu Cycling Team mencipta sensasi apabila mempertahankan gelaran dalam saingan Jelajah Asia UCI 2024 buat kali keempat berturut-turut di Singapura, semalam.
YSD Track Series: Nur Alyssa sedia cabar pelumba senior kebangsaan
Atlet berbasikal remaja negara, Nur Alyssa Farid, yang kembali pulih daripada kecederaan tampil menjadi pencabar utama kepada barisan senior dalam acara keirin di Velodrom Nasional, Nilai, sebentar tadi.
Hanya miliki dua hingga empat tahun, Sir Chris Hoy hidap kanser
Juara berbasikal Olimpik, Sir Chris Hoy, mengumumkan bahawa dia menghidap kanser dengan setelah melakukan diagnosis menunjukkan sakitnya itu telah merebak ke bahagian tulang dan telah sampai ke tahap empat.
Berbasikal Trek Dunia: Shah, Ridwan Sahrom akhiri acara pecut di pusingan pertama
Adik-beradik pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Ridwan Sahrom, mengakhiri acara pecut selepas terkandas di pusingan pertama Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Ballerup, Denmark malam tadi
Era baru sukan berbasikal Malaysia kini bermula -- Amarjit Singh
'Era baru sukan berbasikal Malaysia kini bermula' -- tahniah Datuk Amarjit Singh Gill, atas pelantikan selaku presiden baru Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menerusi kemenangan dalam pemilihan presiden melibatkan pertandingan tiga penjuru.
Saga baru perebutan kerusi panas PKBM
Tumpuan terarah pada Ahad ini (12 Oktober 2024) apabila teka-teki siapakah yang bakal dilantik sebagai Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), sekali gus bertanggungjawab menentukan hala tuju persatuan bagi penggal 2023-2026.
Petronas LTdL 2024: Tidak dapat jangka pemenang, perlumbaan 2025 mungkin lebih mencabar
Ketua Pegawai Operasi LTdL 2024, Emir Abdul Jalal, berasakan saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 musim ini lebih mencabar susulan tidak dapat menjangkakan pemenang dalam setiap peringkat.
Hurzeler delighted by Brighton 'togetherness' in battling win
Hurzeler hails battling Brighton
Borussia Dortmund 4-0 Freiburg: Sahin's side remain perfect on home soil
Report: Dortmund 4-0 Freiburg
Atletico Madrid 2-1 Deportivo Alaves: Sorloth hits late winner in Simeone's 700th game
Report: Atletico Madrid 2-1 Alaves
Bayer Leverkusen 5-2 Heidenheim: Hat-trick hero Schick inspires five-star comeback
Report: Leverkusen 5-2 Heidenheim
Everton 0-0 Brentford: Frank's side hold on after Norgaard red
Report: Everton 0-0 Brentford
Bournemouth 1-2 Brighton: Ten-man Seagulls hold out to end Cherries' home streak
Report: Bournemouth 1-2 Brighton
Fulham 1-4 Wolves: Classy Cunha stuns Craven Cottage
Report: Fulham 1-4 Wolves
Aston Villa 2-2 Crystal Palace: Sarr's first league goal for Eagles helps extend hosts' winless run
Report: Villa 2-2 Crystal Palace
Arsenal 3-0 Nottingham Forest: Saka shines on Arteta's landmark outing
Report: Arsenal 3-0 Forest
Verona 0-5 Inter: Five-star visitors go top of Serie A
Report: Verona 0-5 Inter