Pernah tewas kepada JDT, empayar kelab paling berjaya China ini telah ‘mati’

Najmi Iman
January 7, 2025 12:36 MYT

Gergasi bola sepak China, Guangzhou, berkemungkinan menghadapi kepupusan kelab susulan gagal mendapatkan lesen bertanding dalam saingan liga divisyen kedua, sekali gus mengakhiri sejarah yang tercipta.

Penaja utamanya, Kumpulan Evergrande, turut mengalami kemerosotan kewangan yang semakin meruncing.

Perkara itu mengakibatkan Guangzhou terlepas untuk mengekalkan standard dan terjatuh daripada Liga Super China, sebelum dinafikan hak bertanding tatkala sekatan lesen yang dikenakan.

GUANGZHOU FC R.I.P 1993-2025 ACL ?? CSL ???????? CFA CUP ?? CFA SUPER CUP ???? pic.twitter.com/wfeP6Gcdld

— HOTPOT FOOTBALL (@HotpotFootball) January 6, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sepanjang tempoh penubuhan kelab, Guangzhou sudah mengumpul sebanyak 16 piala sejak 1993.
Ini termasuk dua kejuaraan trofi Liga Juara-Juara Asia pada 2011 dan 2019 selain merangkul gelaran liga sebanyak lapan kali.

Rakan sepasukan Cristiano Ronaldo di Al-Nassr, Anderson Talisca, serta bekas pemain Barcelona, Paulinho, antara bintang yang pernah menyarung jersi Guangzhou.

Untuk rekod, juara 10 kali berturut-turut Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT), pernah menewaskan kelab tersebut sebanyak dua kali peringkat Kumpulan I saingan Asia pada 2022.

#bola sepak #Guangzhou #China
;