LIGA SUPER MSIA
Perlis bakal sertai Liga Super 2024/25?

Perlis United disebut-sebut sebagai pasukan baru yang akan mewarnai Liga Super 2024/25.
Spekulasi ini bertiup kencang selepas tamat Mesyuarat Jawatankuasa Liga Bolasepak Malaysia (MFL) di Wisma FAM hari ini.
Pasukan itu sebelum ini berentap dalam saingan Liga M3 dan menamatkan musim di kedudukan kelapan dengan sembilan kemenangan daripada 24 perlawanan.
Iklan
Berbalik kepada syarat utama untuk ke Liga Super, pasukan itu perlu menduduki dua tempat teratas Liga M3.
Namun, difahamkan atas sebab-sebab urusan dokumentasi, kemungkinan pasukan utara itu diberi kelebihan untuk dinaikkan pangkat ke saingan liga utama Malaysia berkenaan.
Sumber dalaman Stadium Astro berkata: "Belum ada sebarang keputusan. Pihak lembaga telah menyenarai pendek satu pasukan tetapi pasukan itu perlu menyediakan beberapa dokumen lanjut sebelum diluluskan pihak lembaga.
Difahamkan juga, terdapat empat pasukan disenarai pendek dan salah satunya merupakan pasukan baru.
Must-Watch Video