'Penyokong luar negara turut kagum dengan bakat Arif Aiman'
Saufi Tahir
January 7, 2025 08:44 MYT
January 7, 2025 08:44 MYT
Bekas penyerang kebangsaan, Azlan Johar, kagum dengan prestasi Arif Aiman Hanapi selepas nama Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia tiga kali berturut-turut itu dikaitkan dengan sebuah kelab gergasi di Iran.
Sebelum ini, ribuan penyokong sebuah kelab di Iran menyerbu laman sosial Arif selepas dikkabarkan terdapat kelab dari negara itu yang mahu mendapatkan khidmat pemain berusia 22 tahun itu.
Perkembangan itu diambil positif peminat bola sepak tempatan yang mahukan Arif terus mencipta sensasi dengan bakat luar biasanya di luar negara selepas mampamerkan aksi cemerlang di pentas Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 dan Liga Super 2024/25 bersama Johor Darul Ta'zim.
???????? ???? ????? ? ?? JDT's wonderboy with a sweet finish ?#ACLElite | #JDTvUHD pic.twitter.com/QN7fIKB08w
— #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) November 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ternyata Arif Aiman berada pada tahap berbeza apabila penyokong luar negara turut kagum dengan bakat dimilikinya. Ini sememangnya sesuatu yang bagus dan menarik terutama untuk mengembangkan kariernya.
"Tetapi, segala keputusan terletak di tangan Arif Aiman dan apabila tiba masa, dia kena berani buat keputusan. Dia perlu fikirkan saingan dan cabaran lebih sukar untuknya di tempat orang untuk menjadikan dia lebih bagus." katanya kepada sebuah media tempatan.
Training at Sultan Ibrahim Stadium ?? More photos at https://t.co/4KZeM17iLS Hidup Johor Demi Johor#WhatCanYouDo#TheTMJeffect#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll pic.twitter.com/yLZmOtMZ5m
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 5, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.