Penyerang iras Indra Putra Mahayuddin dari Palestin, harapan baru Kelantan Darul Naim

Saufi Tahir
August 26, 2024 20:33 MYT
Pemain sayap Kelantan Darul Naim (KDN), Layth Kharoub, mengesahkan perpindahan masuk bagi memperkuatkan skuad dari Pantai Timur itu musim ini.
Pemain berusia 33 tahun itu merupakan abang kepada kapten KDN, Oday Kharoub, juga turut berkeupayaan bermain di posisi penyerang dan turut berada dalam kesebelasan utama KDN menentang Kuching City malam ini.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini. Kelantan Darul Naim mengumumkan kehadiran penyerang baru dari Palestin, Layth Kharoub. ? Layth Kharoub yang juga abang kepada Oday Kharoub tampil dalam kesebelasan utama Kelantan Darul Naim berdepan Kuching City malam ini.@ASTROARENA https://t.co/Q8dukSUgCx pic.twitter.com/zj552hdLiR

— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) August 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Melalui laman rasmi KDN, mengesahkan bahawa pemain kelahiran Palestin itu menyertai skuad Kijang Emas setelah berjaya menjalani sesi pemilihan ketat bersama barisan kejurulatihan sejak Julai lalu.
Sepanjang beraksi bersama skuad kebangsaan Palestin pada 2020, dia telah mengumpul sebanyak 11 caps dan menjaringkan liam gol buat negaranya itu.
#liga super #bola sepak #Kelantan Darul Naim #KDN #Layth Kharoub