Pengadil wanita ambil tindakan undang-undang atas dakwaan video 'aksi liar' tular

Ammar Hakim
October 14, 2024 21:15 MYT
Pengadil wanita Turkiye, Elif Karaarslan, mendakwa bahawa video 'aksi liar' yang tular membabitkan diirnya bersama pemerhati pengadil, Orhan Erdemir, yang berusia 37 tahun lebih tua daripadanya, adalah janaan AI dan mahu mengambil tindakan undang-undang.
"Ada satu video seks yang dikaitkan dengan saya, tetapi ia tidak ada kena mengena dengan saya dan kualiti imejnya amat teruk. Saya bukanlah orang dalam video itu dan hakikat bahawa saya berdepan tuduhan serius dan ia merupakan serangan terhadap kehormatan seorang wanita," kata Karaarslan menerusi Marca.
Karaarslan, 24, digantung seumur hidup oleh Persekutuan Bola Sepak Turki (TFF) selepas dia dilaporkan dilihat melakukan hubungan seks dengan Erdermir, 61, dalam video, menerusi laporan The Sun.
TFF turut mengenakan hukuman sama kepada Erdermir, yang merupakan bekas pegawai FIFA.
Pegawai Karaarslan mendakwa imej video tersebut kurang jelas, telah disunting dan dihasilkan dengan niat memburukkan imej wanita tersebut.
Karaarslan bermain untuk pasukan wanita Besiktas sebelum bersara ekoran kecederaan. Dia kemudian beralih ke bidang pengadilan.
Erdemir merupakan pengadil FIFA pada 1999 sehingga 2002. Dia mengadili perlawanan kelayakan Piala Dunia 2002, aksi kelayakan Euro 2004 dan Piala Dunia FIFA B20 2001
#bola sepak
;