Lelaki budiman sentiasa mencari jalan untuk menyenangkan hati wanita pujaan mereka.

Mereka sanggup melakukan apa saja, berenang lautan api, gunung sanggup didaki demi cinta kepada pujaan hati.

Saya maksudkan, bekas atlit lawan pedang negara, Yu Peng Kean.

Selepas bersara tahun lalu, Peng Kean menjalankan perniagaan sendiri dengan membuka kelas lawan pedang di sekitar Lembah Klang.

Tetapi, di sebalik usaha keras membina empayar perniagaan, rupa-rupanya Peng Kean sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan cinta hatinya, Leung Chii Lin, bekas perenang negara.

Apa yang menarik, Chii Lin pernah beraksi di Sukan Olimpik Beijing 2008 sementara Peng Kean, London 2012.

Memang padanlah mereka berdua.

Selepas lapan tahun menyulam cinta, akhirnya Peng Kean memberanikan diri untuk melamar Chii Lin di sebuah restoran sekitar Lembah Klang.



Persiapan rapi dengan bunga mawar sambil membawa dua ekor anjing peliharaan mereka, melutut dan akhirnya meluahkan: "Sudikan awak mengahwini saya"?

Tambah manis, Chii Lin menyatakan kesudian dan begitulah pengakhiran cinta merpati dua sejoli ini.

Mereka merancang berkahwin Disember depan.

Tersentuh hati saya melihat gambar mereka berdua. Memang tidak disangka, Zorro Malaysia seorang yang romantik walaupun pernah menggegar arena lawan pedang antarabangsa.

Semoga impian Peng Kean dan Chii Lin tercapai. Tahniah daripada Nadi Arena!