Pemilik Kedah Darul Aman sanggup lepaskan saham atasi masalah kewangan

Shaiful Shamsudin
October 28, 2023 11:42 MYT
Pemilik saham terbesar Darulaman Football Club Sdn Bhd, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, mengakui kepincangan kewangan yang dihadapi Kedah Darul Aman Football Club (KDA FC) ketika ini sambil menegaskan angka sebenarnya hanya dapat diketahui selepas proses audit.
Justeru, Daud -- yang memegang tampuk pengurusan sejak September tahun lalu -- tampil dalam sidang akhbar untuk memohon maaf kepada keseluruhan skuad atas masalah aliran wang tunai ketika ini.
KDA mengakui usaha menjana pendapatan dalam konteks pemegang saham, penjagaan, hasil penjualan tiket dan cenderahati kurang memberangsangkan, lebih-lebih lagi tanpa sokongan kerajaan negeri mahupun separa kerajaan.
Namun, dia memuji ketua jurulatih, Nafuzi Zain, dan barisannya yang masih mampu mengimbangi komitmen di atas padang di sebalik tekanan kewangan dan emosi.
"Kami memerlukan saluran oksigen, bekalan kewangan yang mencukupi.

Pemilik Kedah Darul Aman FC, Tan Seri Mohd Daud Bakar, sedia lepaskan pemilikan penuh saham Kedah Da jika ada yang betul betul layak.@ASTROARENA pic.twitter.com/iYo90F72ki

— FinaNasrom (@fnasrom) October 28, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Masalah kewangan biarlah menjadi isu dalaman tetapi ia sudah menjadi bualan orang luar.
"Penajaan tidak pernah menarik diri dan masih bersama kami tapi kami bertolak ansur dengan masalah kewangan.
"Selepas beberapa bulan dalam musim 2023, beberapa strategi pendanaan dan penajaan tidak dapat dijalankan seperti yang dirancangkan.
"Saya masih bekerja keras untuk pendekatan bagi memulihkan aliran wang tunai, iaitu pendapatan yang masuk kurang daripada perbelanjaan bulanan.
"Sehingga kini gaji telah dibayar hingga Julai dan perbincangan sedang dibuat untuk gaji Ogos sebelum akhir minggu depan (kemudian menyatakan sudah dijelaskan semalam). Gaji September pula akan dijelaskan pula pada November 2023.
"Ini perancangan yang sedang dibuat dengan mengambil kira pelbagai pendekatan untuk mendapat pendapatan baru sama ada melalui penajaan, penghutangan dan penjualan saham.
"Insya-Allah ia boleh menjadi motivasi untuk petang ini (menghadapi Negeri Sembilan FC dalam perlawanan Liga Super)," katanya sebentar tadi.
#liga super #Kedah Darul Aman #DemiLigaKita
;