Olahraga: Zaki Sadri sudah mulakan tugas sebagai ketua jurulatih

Muzaffar Musa
March 8, 2023 19:47 MYT
Bekas jaguh lompat kijang dan lompat jauh negara, Zakri Sadri, dilakporkan sudah memulakan tugasnya sebagai ketua jurulatih skuad olahraga negara di Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini.
Bagaimanapun, dia difahamkan melakukan tugasan itu secara suka rela buat ketika ini kerana pelantikannya masih belum diumumkan secara rasmi oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).
Zaki akan mengamnbil alih peranan itu bagi menggantikan Manshahar Abdul Jalil, yang mengumumkan persaraannya pada bulan lalu.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Muiz Aziz, Zaki berkata: "Mengenai tugasan ini, sebenarnya saya secara tidak rasminya sudah mula membantu KOM daripada aspek penyelarasan dan pemilihan atlet.
"Kerana sebelum ini juga sudah diadakan pemilihan, cuma tugas saya ketika ini lebih kepada menyalaras jurulatih yang dilantik oleh KOM dan MSN, lebih kepada memantaulah.
"Mengenai aspek yang memerlukan kesegeraan, saya rasa ia daripada segi struktur kejurulatihan terlebih dahulu. Saya rasa saya perlu atasinya terlebih dahulu kerana kelompok atlet juga amat kurang.
"Apa yang saya lihat, jika kita tiada struktur kejurulatihan yang baik, seluruh sistem tidak dapat diselaraskan," katanya.
#Olahraga #Kesatuan Olahraga Malaysia #Zaki Sadri
;