Negara Laos yang miskin pun padang lagi cantik daripada negara kita -- TMJ

Saufi Tahir
October 14, 2024 09:57 MYT
Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menerangkan kepentingan mempunyai padang yang berkualiti dalam kancah bola sepak moden hari ini.
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu menjelaskan masalah yang wujud kesan penggunaan rumput padang jenis 'Cow Grass' atau Rumput lembu yang mempunyai banyak kekurangan daripada aspek air kerap bertakung pada permukaan padang akibat hujan.

Ini bukan soal cantik. Ini berkenaan good playing surface. Modern football. Kalau bagus sgt negara negara maju dlm bola dah pakai cow grass. Kenapa susah sangat kita nak terima dan belajar daripada mereka yang lebih berjaya? Negara Laos yang miskin pun padang lagi cantik daripada… https://t.co/0MyOYlDm1b

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) October 13, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ini bukan soal cantik. Ini berkenaan good playing surface. Modern football. Kalau bagus sgt negara negara maju dlm bola dah pakai cow grass.
"Kenapa susah sangat kita nak terima dan belajar daripada mereka yang lebih berjaya? Negara Laos yang miskin pun padang lagi cantik daripada negara kita.
"Masalah padang cow grass adalah playing surface dan apabila hujan air bertakung kerana padang tersebut adalah soil base bukan sand base. Berlumpur. Nak bola maju tapi mindset masih taknak berubah." katanya menerusi laman X hari ini.
Terdahulu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menawarkan geran keseluruhan sebanyak RM7 juta kepada semua negeri bagi menaik taraf saliran serta penanaman rumput padang di stadium utama negeri-negeri.
Hal ini membuktikan kepentingan dalam melahirkan pemain bola sepak berkualiti pada masa akan datang dengan memberikan perhatian kepada perkara asas, iaitu padang.
#bola sepak #TMJ
;