NBA: Warriors tanggung malu di laman Celtics
Fariha Razak
March 4, 2024 17:04 MYT
March 4, 2024 17:04 MYT
Ketinggalan 44 mata di separuh masa pertama adalah satu perkara yang sukar untuk diterima lebih lebih lagi buat penyokong Golden State Warriors yang menantikan perlawanan ulangan NBA Finals 2022 antara kedua pasukan ini.
Tapi itu lah yang berlaku apabila pendahulu sebelah Timur, Boston Celtics mendominasi penuh permainan dari awal lagi untuk mendahului bukan hanya dengan dua digit tetapi dua kali ganda dengan kemenangan 44-22 di suku pertama.
The Celtics’ 44 point lead over the Warriors at the break is their largest halftime lead in franchise history.
— Malika Andrews (@malika_andrews) March 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ditambah lagi dengan 22 mata yang dicuri untuk suku kedua menjadikan jurang 44 mata untuk separuh masa pertama diperoleh Celtics sekaligus mencatat rekod francais terbesar buat mereka menurut Malika Andrew dari ESPN.
the largest halftime lead in franchise history ? pic.twitter.com/tusuIskYOh
— Boston Celtics (@celtics) March 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lebih menjadi tanda tanya adalah corak permainan yang ditampilkan anak buah Steve Kerr yang seperti mengangkat bendera putih sebelum perlawanan tamat. Ia merupakan satu langkah kebelakang buat Warriors yang berada dalam momentum terbaik mereka selepas memenangi 13 perlawanan daripada 16 perlawanan terakhir.
Warriors Big 3 today: Steph — 4 PTS | 0-9 3P | -29 Klay — 6 PTS | 1-3 3P | -20 Draymond — 6 PTS | 2-2 FG | -24 0 minutes played in the 2nd half. pic.twitter.com/30yaMoWf8k
— StatMuse (@statmuse) March 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bintang Warriors, Stephen Curry yang terkenal dengan jaringan ‘3 pointers’ nya juga gagal menyerlah dalam perlawanan ini untuk sekadar menyumbang 4 mata dalam separuh masa pertama bersama Klay Thompson dan Draymond Green yang turut hambar.
Duo terbaik Celtics pula, Jayson Tatum dan Jaylen Brown memacu pasukan dengan jayanya untuk menjaringkan 27 dan 29 mata sekaligus membantu Celtics untuk memanjangkan ‘winning streak’ mereka buat kali ke 11 dengan kemenangan besar 140 – 88.
Kekalahan ini pastinya bakal memberi impak buat Warriors yang sekali lagi akan berdepan lawan sukar selepas ini bertemu Milwaukee Bucks di ‘homeground’ pada Khamis.