NBA: James bebas kecederaan serius, terlepas bertemu Kings
Ammar Hakim
November 11, 2022 14:21 MYT
November 11, 2022 14:21 MYT
LeBron James mengelak kecederaan pangkal paha yang serius namun dalam keraguan untuk perlawanan Los Angeles Lakers bertemu Sacramento Kings esok, menurut ketua jurulatih Darvin Ham.
James kelihatan berdepan kesakitan ketika Lakers tewas 114-101 kepada Los Angeles Clippers dan meninggalkan permainan ketika perlawanan berbaki 5:41 minit di suku keempat dan memberitahu selepas perlawanan dia mengalami ketegangan otot pangkal paha.
MVP NBA empat kali itu terlepas 17 perlawanan bagi musim 2018-19 ekoran kecederaan sama.
James menjalani MRI selepas tamat perlawanan, dan dia tidak mengalami kecederaan serius, tetapi mengalami ketegangan otot adduktor kiri.
“Ia tidak koyak, itu perkara paling penting,” kata Ham. "Ia adalah berita baik.
"Saya pasti ia tetap menyakitkan. Buat masa ini, kami tidak dapat menurunkan LeBron."
Lakers bergelut sejak permulaan musim dengan rekod 2-9 tetapi James telah memberikan persembahan yang mantap, dengan purata memperoleh 24.3 mata, 8.9 rebound dan 7.1 bantuan setiap perlawanan.
Kecederaan James hadir ketika Lakers bakal berdepan Kings esok, diikuti oleh Brooklyn Nets hari pada Ahad, sebelum rehat lima hari sehingga perlawanan seterusnya menentang Detroit Pistons pada 18 November.
Lakers mengalami kekalahan kelima berturut-turut dalam perlawanan di mana James telah menjaringkan 30 atau lebih mata menentang Clippers pada hari Rabu.
King with the 6-for-6 start to the game ? pic.twitter.com/YAWvCszwtW
— Los Angeles Lakers (@Lakers) November 10, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.