BADMINTON
Masters Indonesia: Hong Yang sekali lagi hantui perjalanan Jun Hao
Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, terpaksa akur kepada lawan yang sama dalam Terbuka India apabila kandas di pusingan 32 Kejohanan Badminton Masters Indonesia di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.
Kemenangan di set pertama 21-14 memberi kelebihan buat wakil China itu untuk meneruskan aksi cemerlang, sekali gus tidak memberi sebarang ruang dan mata mudah buat Jun Hao.
Weng Hong Yang menggunakan kesempatan yang ada bagi menjarakkan kedudukan 11-4 yang semakin memberi tekanan kepada anak buah Kenneth Jonassen itu untuk melakar kebangkitan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jun Hao bagaikan tidak menemui jawapan tatkala Hong Yang sekali lagi menghantui laluannya untuk mara ke peringkat seterusnya di mana langkahnya terhenti di set kedua 13-21.