BOLA SEPAK

Lucas harap Suarez tahan godaan sertai Messi di Inter Miami

Stadium Astro
Muzaffar Musa
26/07/2023
02:39 MYT
Sponsor Banner
Lucas harap Suarez tahan godaan sertai Messi di Inter Miami
Lucas Leiva berharap bekas rakan sepasukannya di Liverpool dan Gremio, Luiz Suarez, dapat menahan godaan daripada menyertai Lionel Messi, Sergio Busquets dan Jordi Alba di Inter Miami.
Pemain legenda Liverpool dan Barcelona itu menyertai Gremio pada Januari lalu selepas membantu kelab zaman remajanya, Nacional, memenangi Uruguayan Primera Division dalam kepulangannya ke Amerika Selatan tahun lalu.
Suarez menjaringkan empat gol menerusi 12 penampilannya dalam liga divisyen utama Brazil musim ini tetapi masa depannya bersama kelab itu kini menjadi persoalan selepas dilaporkan menjadi sasaran terbaru Miami.
Ditanya mengenai masa depan Suarez, Lucas -- yang bersara pada Mac lalu selepas disahkan menghidap masalah jantung -- berkata: "Dia memberikan impak yang hebat di Brazil bersama Gremio. "Saya fikir dia melakukan langkah yang betul. Luiz pemain berkelas dunia, kami tidak mempertikaikan kualiti dan apa yang dilakukannya di Brazil.
"Dia kini sedang dikaitkan tetapi saya harap dia kekal di Gremio kerana ia merupakan kelab saya dan saya juga merupakan jirannya di sini.
"Saya harap dia kekal lebih lama di sini tetapi MLS (Liga Utama Amerika Syarikat) kini menjadi tumpuan setiap pemain dan penyokong.
"Adalah sesuatu yang normal untuk dia dikaitkan dengan pasukan besar seperti Inter Miami," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video