Liga Super: Pemain Kuching City, Luiz Fernando Welter rasai pengalaman kahwin konsep Melayu

Ariez Danysh
August 26, 2024 20:02 MYT
Pemain Kuching City, Luiz Fernando Welter, bersama-sama pasangannya merasai pengalaman berkahwin berkonsepkan budaya Melayu moden di Taman Havilah di Serian, semalam.
Majlis perkahwinan itu dilangsungkan di perkarangan yang berlatar belakangkan landskap hijau mesra alam dengan Welter dan pasangan bakal mengadakan majlis perkahwinannya di Brazillian Embassy, Kuala Lumpur pada Rabu depan.
Pemain berusia 22 tahun itu telah melakukan tujuh penampilan secara keseluruhan bersama pasukan kendalian Aidil Sharin selepas dibawa masuk pada awal musim.
Sebelum ini, Welter pernah beraksi bersama AL-Rams di Liga divisyen dua United Arab Emirates pada musim lalu.
Kuching City akan dikunjungi Kelantan Darul Naim (KDN) di Stadium Negeri jam 8:15 malam ini.
#liga super #Kuching City #Luiz Fernando Welter