Liga Super: Negeri Sembilan rantai Kuching City

Saufi Tahir
October 20, 2024 21:46 MYT
Negeri Sembilan membawa pulang satu mata selepas jaringan minit akhir Annas Rahmat pada minit akhir mengikat Kuching City 1-1 dalam perlawanan minggu ke-13 Liga Super 2024/2024 di Stadium Negeri Sarawak, sebentar tadi.
Separuh masa pertama menyaksikan anak buah K. Nanthakumar mengikat pasukan tuan rumah yang lebih mendominasi perlawanan sepenuhnya dengan beberapa peluang dimiliki Kuching City tidak berjaya dinoktahkan untuk jaringan untuk menutup babak pertama tanpa jaringan.

KEPUTUSAN MASA PENUH – LS13#LigaSuper2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/oNIe4qZIre

— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Peluang terbaik Kuching City hadir pada minit ke-72 menerusi pemain gantian, Hazwan Bakri, untuk menghasilkan jaringan pembukaan tetapi dia gagal menampan kemas peluang yang terhidang untuk kedudukan kekal 0-0.
Begitupun, Hazwan Bakri membuktikan katajamannya sebagai pemain berpengalaman selepas menghadirkan jaringan pembukaan buat pasukan tuan pada minit 90+10 selepas situasi kucar-kacir dihadapan gawang gol dengan Hazwan mudah menolak masuk untuk gol pertama Kuching City.

Golll! Annas Rahmat menyamakan kedudukan buat Negeri Sembilan FC. Kedudukan terkini, Kuching City FC 1 - 1 Negeri Sembilan FC. #KUCNSE#NSFC#HobinJangHobin pic.twitter.com/XcnxONy23N

— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) October 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketika anak buah Aidil Sharin hampir mengesahkan kemenangan, Annas Rahmat, mengecewakan pasukan tuan rumah dengan jaringan penyamaan selepas menolak masuk bola daripada situasi bola mati untuk kedudukan berubah 1-1.
Keputusan itu kekal hingga wisel penamat dengan kedua-dua pasukan terpaksa akur berkongsi satu mata.

Semoga berjaya! Keep the spirit high and never give up! ?? Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum sepak mula perlawanan Liga Super menentang Kuching City FC. pic.twitter.com/jsWGtBTiNI

— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) October 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kuching City kini berada di kedudukan ke-7 dengan 15 mata selepas 12 perlawanan manakala, Negeri Sembilan berada di tangga ke-12 dengan hanya enam mata.
#bola sepak #Negeri Sembilan #Kuching City #Liga Super 2024/2025
;