Liga Super: Ledak hatrik kemudian dilayang kad merah, Ifedayo warnai kemenangan PDRM
Ammar Hakim
December 18, 2024 22:11 MYT
December 18, 2024 22:11 MYT
PDRM mempamerkan prestasi penuh bertenaga ketika melakar kemenangan 5-0 ke atas Kelantan Darul Naim dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang sebentar tadi.
The Cops memasuki perlawanan ini daripada keputusan seri 2-2 bertemu Melaka dalam aksi suku akhir pertama Piala Cabaran.
Anak buah P. Maniam menampilkan corak permainan yang cukup bertenaga, apabila mendahului dengan tiga jaringan tanpa balas -- Ifedayo Olusegun membuka jaringan seawal minit kelima.
Ifedayo Olusegun menjaringkan 3 gol buat PDRM FC dalam separuh masa pertama?? PDRM FC 3-0 Kelantan Darul Naim FC#DemiLigaKita #PDRMKDN pic.twitter.com/iNZqzJQHaU
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dia kemudian menggandakan kelebihan pada minit ke-32 sebelum melengkapkan hatrik tujuh minit berikutnya.
Malam yang indah bertukar duka, Ifedayo terpaksa menamatkan malamnya lebih awal, susulan kad merah yang dilayangkan pengadil kerana melakukan kekasaran terhadap pemain lawan.
Ifedayo dilayangkan kad merah??Taknak komen lebih-lebih, adakah salah Ifedayo?? PDRM FC 3-0 Kelantan Darul Naim FC#DemiLigaKita #PDRMKDN pic.twitter.com/1DpSoTCtsA
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bersambung dalam separuh masa kedua, kekurang pemain tidak menjejaskan kelebihan mereka apabila berjaya menambah lagi jaringan menerusi Shahrel Fikri pada minit ke-66.
Shahrel sekali lagi bertindak selaku penjaring lima minit kemudian sekaligus menutup perlawanan buat PDRM merekodkan kemenangan lima gol tanpa balas di Selayang.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Kedah Darul Aman meraih kemenangan 1-0 ke atas Penang, gol dijaringkan oleh Sukhrob Nurulloev terhasil pada minit ke-10 memadai buat Sang Kenari meraih tiga mata di laman sendiri.