Liga Super: Kalamullah Al-Hafiz sah ucap selamat tinggal kepada Kedah

Najmi Iman
September 15, 2024 14:05 MYT
Penjaga gol kebangsaan, Kalamullah Al-Hafiz, sah meninggalkan pasukan utara tanah air, Kedah Darul Aman, apabila memilih untuk menamatkan kontraknya lebih awal secara persetujuan bersama.
Pemain berusia 29 tahun itu menyertai Sang Kenari pada 2022 dan mengikat perjanjian selama dua musim sebelum berhijrah keluar daripada Petaling Jaya (PJ) City.

Kedah Darul Aman umum secara rasmi berpisah dengan Kalamullah menerusi ‘mutual agreement’. ???@ASTROARENA pic.twitter.com/tDHOvh0dR4

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) September 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Difahamkan pemain kelahiran Pasir Puteh, Kelatan, itu bakal menyertai naib juara Piala FA 2024, Selangor, sebagai destinasi baru bagi mendapatkan cabaran berbeza selain Kedah sedang berdepan situasi semasa yang memaksa untuk membuat keputusan terbaik.

?Big Signing! Penjaga gol kebangsaan Kalamullah difahamkan sudah menamatkan kontrak bersama Kedah Darul Aman untuk menyertai Selangor. Urusan perpindahan dijangka lengkap dalam masa 2 hari. ✍️??@ASTROARENA pic.twitter.com/Qw8r3nsh1Q

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) September 13, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebagai rekod, Kalamullah sudah melakukan 37 penampilan bersama skuad kendalian Nafuzi Zain dan kerap dipanggil menjadi penjaga gol skuad Harimau Malaya.
#liga super #Liga Super Malaysia #Kedah Darul Aman #DemiLigaKita #Kalamullah Al-Hafiz