Liga Super: JDT akhiri aksi tertunda bertemu Perak dengan jaringan besar
Najmi Iman
November 10, 2024 22:09 MYT
November 10, 2024 22:09 MYT
Johor Darul Ta'zim (JDT) kekal di pendahulu Liga Super Malaysia selepas menumpaskan Perak dengan kemenangan besar 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.
Sebagai rekod, aksi di Stadium Perak pada 17 Ogos lalu terpaksa ditangguhkan gara-gara cuaca buruk sebelum perkara sama berlaku pada 5 Oktober lalu.
Babak pertama menyaksikan permainan dihiasi dengan drama menarik selepas pengadil perlawanan memerlukan video bantuan pangadil (VAR) bagi menilai situasi penalti buat kedua-dua pasukan.
Penyerang kebangsaan, Romel Morales, membuka tirai jaringan selepas mudah menampan bola untuk kedudukan 1-0.
Berselang tiga minit kemudian, Bergson Da Silva, tidak melepaskan peluang untuk mencatatkan nama selaku penjaring apabila rembatan jarak jauhnya daripada luar kotak penalti menggandakan kedudukan buat skuad Harimau Selatan.
KEPUTUSAN MASA PENUH - Perlawanan Tertunda LS9#LigaSuper2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/aTgod2jawc
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali, hampir memberi sinar buat The Bos Gaurus apabila kekasaran yang dilakukan pertahanan muda, Feroz Baharudin, dalam kotak penalti seakan menggembirakan penyokong Perak, namun VAR menafikan insiden tersebut.
VAR kemudiannya menghadiahkan sepakan penalti buat skuad kendalian Hector Bidoglia yang disudahkan oleh Bergson untuk jaringan 3-0.
Romel Morales mendapat motivasi penting sebelum menyertai kem latihan Harimau Malaya menghadapi aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Laos dan India apabila jaringan keduanya memberi kelebihan buat JDT 4-0.
Pada minit ke-84, situasi tegang berlaku apabila melibatkan pergaduhan di antara bintang negara, Arif Aiman Hanapi, dan Tommy Mawat Bada yang berkesudahan kedua-dua pemain dilayangkan kad kuning.
Pertelingkahan diantara Arif Aiman & Tommy Mawat di hujung permainan! ?#DemiLigaKita #PRKJDT pic.twitter.com/bsO9qbzZaT
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Juara Piala FA 2024 itu terpaksa menunggu sehingga minit ke-90 selepas Bergson berjaya menemui hatriknya malam ini, sekali gus menutup aksi dengan kemenangan bergaya 5-0.