Liga Juara-Juara: Bertemu Liverpool peluang pamer perkembangan Milan, kata Fonseca

Ammar Hakim
September 16, 2024 07:07 MYT
Paulo Fonseca percaya aksi pembukaan Liga Juara-Juara Milan bertemu Liverpool merupakan peluang paling sempurna untuk menampilkan perkembangan di bawah kendaliannya.
Fonseca, yang tiba di San Siro dari Lille Julai lalu, meraih kemenangan aksi Serie A pertama dengan membelasah 4-0 Venezia.
Keempat-empat jaringan hadir pada 30 minit pertama perlawanan, dan buat pertama kali Milan berjaya melakukannya sejak Oktober 1958 bertemu Alessandria.
Milan menerima kunjungan Liverpool awal pagi esok, dengan kedua-dua pasukan itu beraksi di final pada 2005 dan 2007, masing-masing memenangi satu gelaran.
Kelab Itali itu turut bertemu The Reds di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada musim 2021-22, namun tewas kedua-dua perlawanan di mana Liverpool melangkah ke final, namun tewas kepada Real Madrid.
Liverpool memasuki perlawanan dengan kekalahan mengejut di tangan Nottingham Forest 0-1 hujung minggu lalu, tewas buat kali pertama dalam era Arne Slot.
Bagaimanapun, Fonseca menegaskan bahawa walaupun keputusan terbaru lawan mereka, pasukannya mesti menghapuskan kesilapan mereka sendiri dan sempurna dari segi pertahanan untuk memulakan kempen mereka dengan kemenangan.
"Saya rasa Liverpool adalah salah satu pasukan terkuat di Eropah. Mereka mempunyai permainan yang bagus dan individu yang kuat," kata Fonseca.
“Kami harus sempurna di bahagian pertahanan, anda tidak boleh melakukan kesilapan.
"Saya melihatnya sebagai peluang untuk menunjukkan kemajuan kami. Ia akan membawa kami melakukan perkara yang berbeza... tetapi juga untuk membuktikan nilai kami.
"Saya pasti ia akan berlaku. Sokongan peminat kami sentiasa penting untuk kami. Esok ia akan menjadi seperti itu, kami mahu merasai kasih sayang mereka."

MD-1. Work getting done. ?#UCL #MilanLiverpool #SempreMilan pic.twitter.com/Vh8HWmzNts

— AC Milan (@acmilan) September 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Milan #Liverpool #UCL #Liga Juara-Juara #Paulo Fonseca
;