KOM beri jaminan isu rekod 100m Zaidatul Husniah bakal diselesaikan segera
Saufi Tahir
January 3, 2025 15:18 MYT
January 3, 2025 15:18 MYT
Pengarah Teknikal Kejurulatihan KOM, Robert Ballard, memberikan jaminan isu teknikal yang melibatkan rekod kebangsaan ratu pecut negara, Zaidatul Husniah, bakal diselesaikan dalam tempoh terdekat.
Dia menjelaskan masalah pendokumentasian daripada pihak Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) sendiri untuk dihantar ke World Athletics (WA) menjadi antara faktor rekod Zaidatul dilabelkan tidak sah menerusi laman rasmi WA sebelum ini.
Menurut wartawan Astro Arena, Husna Zainudin, Robert menjelaskan pihaknya akan menyelesaikan isu teknikal itu.
Laporan penuh di Nadi Arena saluran 801HD pada jam 7.30 malam ini.
Pengarah Teknikal Kejurulatihan KOM, Robert Ballard beri jaminan isu teknikal yang melibatkan rekod kebangsaan Zaidatul Husniah mampu diselesaikan dalam masa terdekat. Laporan lanjut di Nadi Arena, 7.30 malam! @ASTROARENA pic.twitter.com/1msyYy9P4B
— husnae (@husnazainudin_) January 3, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.