Kesebelasan Utama: Gandingan Harith Haiqal, Dominic Tan teraju benteng Harimau Malaya

Najmi Iman
October 14, 2024 13:10 MYT
Harith Haiqal dan Dominic Tan diberi tanggungjawab besar menggalas pertahanan Harimau Malaya menghadapi pasukan yang berada di ranking ke-95 dunia, New Zealand, di Stadium North Harbour, Auckland, sebentar nanti.
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Romel Morales, dipilih sebagai penyerang utama skuad kendalian Pau Marti Vicente sambil dibantu oleh Darren Lok dan Arif Aiman untuk memberi tekanan kepada pasukan All Whites itu.
Skuad negara kini dalam misi mencari kemenangan demi memperbaiki kedudukan ranking bola sepak dunia dalam Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1.

Kesebelasan Utama & Pemain Simpanan Harimau Malaya Perlawanan Antarabangsa Tier 1 | Isnin, 14 Oktober 2024 ⚽ NEW ZEALAND ?? ?️ ?? MALAYSIA ? 2:00 petang ini (Waktu MY) ? 7:00 malam ini (Waktu NZ) ? Stadium North Harbour, Auckland#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/GLeKEXHud3

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #New Zealand #Harimau Malaya #Persahabatan Antarabangsa #Tier 1
;