Jerman kekal mempertaruhkan barisan pemain yang hampir sama dalam kesebelasan utama dengan misi wajib menang sebagai tuan rumah saingan EURO 2024 menentang Denmark dalam pusingan 16 di Stadium Signal Iduna park, sebentar lagi.

Kai Havert, Jamal Musiala, Ikay Gundogan dan Leroy Sane dipertaruhkan oleh Julian Nagelsmann bagi memperkuatkan jentera hadapan Jerman.

Khidmat pemain berpenggalaman, Toni Kroos dan tonggak tengah Bayer Leverkusen, Robert Andrich, yang akan mengawal bahagian tengah Die Mannschaft.




Manakalah, Manuel Never kekal mengetuai benteng pertahanan Jerman sebagai penjaga gawang bersama Antonio Rudiger, Joshua Kimmich, Nico Schlotterbeck dan David Raum.

Manakala, Denmark pula membariskan bintang Manchester United Christian Eriksen dan Rasmus Hojlund di bahagian serangan.

Di bahagian tengah pula dibarisi Pierre-Emile Højbjerg, Thomas Delaney, Joakim Maehle dan Alexander Hartmann Bah.




Pemain pertahanan kekal diketua pemain Barcelona Victor Kristiansen, bersama Jannik Vestergaard, Joachim Andersen dan penjaga gawang penggalaman, Kasper Schmeichel.