Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Mengapa Thailand tidak layak di sebalik kemenangan ke atas Singapura?


June 12, 2024 13:06 MYT
Thailand menamatkan saingan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia/Piala Asia dengan kemenangan 3-1 ke atas Singapura di Bangkok semalam.
Suphanat Mueanta membuka jaringan di Stadium Rajamangala di separuh masa pertama manakala Ikhsan Fandi menyamakan kedudukan 11 minit dalam separuh masa kedua. Bagaimanapun, Poramet Arjviral dan Jaroensak Vongkorn menjaringkan dua gol dalam tempoh tujuh minit untuk memastikan kemenangan buat tuan rumah.
Mengapa Thailand tidak layak? Mengapa mereka senasib Malaysia?
Dengan kemenangan itu, Thailand mendapat pungutan mata yang sama dengan China, yang layak ke ke pusingan ketiga dan secara merit bakal beraksi di Piala Asia.
Bagaimanapun, Thailand terpaksa akur dengan keputusan di tempat ketiga kerana mempunyai rekod buruk menentang China, dengan yang kedua menewaskan Thailand di tempat yang sama, November tahun lalu.
#bola sepak #Thailand #Malaysia #Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia
;